#FITTERENGGANU 2018 - RIDE

PERKARANGAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI GONG BADAK,

KUALA NERUS, TERENGGANU

21300 KUALA TERENGGANU, Terengganu

Get Directions

Sat, 31 March 2018  07:30 AM -

Sat, 31 March 2018  11:30 AM

Tue, 27 March 2018  12:00 PM

489 Attendees

Salam Sejahtera,
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Rainbow Jersey Events sekali lagi akan bersama anda di Fit Malaysia 2018, Terengganu . Peserta yang menghabiskan kayuhan akan menerima snek makanan, medal, cabutan nombor bertuah dan e-sijil selepas acara berlangsung.­

Daftar sekarang di ­www.rjevents.com.my

 

TARIKH/MASA PELEPASAN : ­31hb Mac 2018 (Sabtu) / 7.30 pagi

 

TEMPAT ACARA :      PERKARANGAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI GONG BADAK,

           KUALA NERUS, TERENGGANU

 

KATEGORI : (Penggunaan helmet adalah wajib)
a) 10KM – KAYUHAN
b) 30KM – KAYUHAN

 

BAYARAN :­ PERCUMA

 

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :

"Online" di laman web : 27hb Mac 2018 (Selasa 12:00 pm)

"Walk-in" : 29 - 30hb Mac 2018 (Khamis/Jumaat)

 

MAKLUMAT PENGAMBILAN

29.03.2018 (Khamis), 10 pagi – 8.30 malam

30.03.2018 (Jumaat), 9 pagi - 7.00 malam

 

TEMPAT PENGAMBILAN : Lobi Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus


Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Peserta dikehendaki:

  • Sihat dan layak untuk mengambil bahagian dalam acara ini.
  • Mengikut laluan yang telah ditetapkan dan mematuhi segala arahan petugas-petugas bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
  • Semua peserta haruslah memakai nombor larian mengikut kategori masing-masing semasa menyertai acara ini.
  • Peserta dibawah umur 12 tahun haruslah mendapat kebenaran ibubapa dan diiringi oleh ibubapa/penjaga sepanjang masa acara ini berlangsung.
  • Hanya peserta yang berumur 15 tahun keatas layak untuk menyertai acara larian 10km.
  • Segala risiko akan ditanggung oleh diri sendiri dan bersetuju bahawasanya pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas kecederaan atau kematian serta apa-apa kehilangan dan kerosakan harta benda.
  • Tidak akan menuntut apa-apa kerugian kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Rainbow Jersey Events.
  • Bersetuju dan memahami segala peraturan-peraturan di atas.

INFORMASI :

  1. Sila bawa maklumat individu/kumpulan (nama, no K/P & penyertaan) semasa pengambilan nombor bib/plate. Pengambilan bagi pihak, sila berikan maklumat asas (nama penuh, nombor i / c dan nombor telefon) untuk tujuan pengesahan.
  1. Semua peserta dikehendaki mengambil nombor larian/kayuhan seperti tarikh pengambilan yang tertera diatas.
  1. PENDAFTARAN ONLINE - Pemberian nombor larian/kayuhan akan diberi HANYA pada hari 29/3/18. Sekiranya gagal menuntut, nombor larian/kayuhan akan dibuka kepada peserta walk-in pada 30/3/18 (Jumaat).  Pemberian nombor berdasarkan siapa cepat dia dapat.
  1. PENDAFTARAN WALK-IN – Pemberian nombor larian/kayuhan akan diedarkan bermula 29 - 30/3/2018.
  1. TIADA pemberian t-shirt kepada para peserta
  1. Laluan tertakluk kepada pengesahan pihak polis.
  2. Walaupun setiap tindakan pencegahan dan langkah berjaga-jaga akan diambil oleh pihak penganjur untuk memastikan keselamatan peserta, para peserta berlari dan berkayuh diatas risiko sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian walau apa pun timbul semasa penyertaan dalam acara tersebut. Keselamatan dan kesejahteraan anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Sentiasa berlari atau berkayuh dalam kebolehan dan kemampuan anda sendiri.